24 June 2015

01 RAMADHAN 1436 @ 18 JUN 2015

Alhamdulillah, kini genap setahun Haneefaa Gallery menapakkan diri di dalam industri Butik Busana Muslimah. Syukur ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnianya, Haneefaa Gallery kini semakin berkembang dan semakin dikenali ramai. 

01 Ramadhan 1435 yang lalu, Haneefaa Gallery mula ditubuhkan dan beroperasi sepenuhnya secara online. Sehingga kini, Haneefaa Gallery masih lagi beroperasi sepenuhnya secara online. Namun demikian, Haneefaa Gallery kini telah mempunyai lebih daripada 50 orang pengedar online berdaftar sejak tahun lepas. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua agen berdaftar dan semua staf sokongan Haneefaa Gallery atas kesungguhan anda dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk Haneefaa Gallery hingga ke saat ini. 

Jutaan terima kasih buat semua pelanggan setia Haneefaa Gallery di atas sokongan anda terhadap kami. Kami akan cuba dan terus beri yang terbaik buat anda semua. 

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua pihak dan 
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua. Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih makna buat kita semua. Insya Allah, amin Ya Rabb. 

Doakan kejayaan Haneefaa Gallery agar kami dapat memberi perkhidmatan 300% yang terbaik buat anda semua. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

No comments:

Post a Comment

Haneefaa Gallery - "Pakar Busana Muslimah" © . Designed by MaiGraphicDesign