Nota Editor :
Artikel ini adalah hasil dari perkongsian Puan Lily Sabrina di Facebook. Memandangkan topik ini adalah topik popular yang sering menjadi persoalan buat para usahawan baru, maka kami memilih untuk menyiarkannya di blog Haneefaa Gallery. Semoga bermanfaat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ke pejabat cawangan CIMB dan Maybank untuk membuka akaun bank syarikat baru. Setelah bertanya dengan pegawai bank, syarat baru yang diperketatkan untuk buka akaun syarikat ialah:
- Mesti ada lesen premis atau lesen PBT contohnya lesen MBSA jika perniagaan di Shah Alam.
- Lesen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mesti sama dengan alamat dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Mesti ada introducer . Syarikat yang ada akaun dengan CIMB. Dalam borang mohon buka akaun perlu ada cop syarikat introducer.
- Tiada akaun syarikat yang akan diluluskan lagi dan dibuka atas nama syarikat yang berdaftar di rumah.
- Bisnes online di rumah, alamat rumah yang didaftarkan di SSM memang tidak boleh digunakan untuk buka akaun CIMB. Ini kerana terlalu banyak kes fraud (penipuan) dan scam.
- ** Jika berkongsi sewa premis ( virtual office atau sublet cubical atau bilik ) boleh buka akaun CIMB dengan syarat alamat dalam SSM mesti sama dengan alamat dalam lesen MBSA. Maka setiap syarikat yang sewa bilik atau working space perlu minta lesen PBT masing-masing.
Bagi bank Maybank pula:
- Mesti ada introducer syarikat atau orang perseorangan yang ada akaun dengan Maybank. Dalam borang perlu ada cop syarikat introducer.
- Sangat digalakkan untuk sertakan sekali lesen MBSA / PBT . Peluang untuk diluluskan sangat cerah. (Mungkin akan diwajibkan dalam masa terdekat kerana CIMB dah lakukannya)
- Kalau bisnes di rumah atau online bisnes kena sertakan bukti. Contoh bukti seperti:
– Facebook – anda boleh print screen shot Fanpage
– Instagram – anda boleh bagi nama kedai Instagram. Print dan lampirkan bukti laman Instagram bisnes anda. Kalau buat kelas kek dalam rumah pula, boleh ambil gambar. Mesti ada iklan di Facebook atau blog. - Kongsi premis (satu premis banyak jenis perniagaan dan syarikat beroperasi) pun boleh memohon selagi ada SSM beralamat tempat beroperasi dan ada lesen PBT / MBSA.
Maklumat tambahan seperti berikut:
- Deposit CIMB RM 1000
- Deposit Maybank RM 2000
- Pada saya bank tidak menyusahkan usahawan.
- Dari perbualan saya dengan Pengurus Cawangan CIMB tadi, terlalu banyak fraud case. Jual beli emas haram contohnya. Mereka tidak boleh bayar balik kerugian pembeli maka pihak bank ketatkan syarat buka akaun untuk bisnes.
- Jangan jadikan soal kena beri Lesen PBT sebagai satu syarat buka akaun CIMB atau Maybank sebagai halangan untuk kita berbisnes.
- Bukan tak boleh terima bayaran dari pelanggan guna akaun peribadi cuma kalau dah bisnes juta juta atau ribu ribuan sehari tidak sesuai untuk gunakan akaun peribadi.
- Biarlah kita bersusah payah dulu naik turun tangga buka SSM, untuk minta lesen PBT dan bayar RM 200, isi borang bank dan segala benda remeh yang lain. Daripada kita susah susah buat perniagaan tapi kemudian kena kompaun kerana tiada lesen dan akaun kena suspend kerana ribuan ringgit transaksi yang masuk ke bank hari-hari.
Kredit sumber daripada : majalahniaga.com
No comments:
Post a Comment