26 June 2015

KELEBIHAN BERTUDUNG DARI SUDUT SAINS

Assalamualaikum wbt

Alhamdullillah, kita masih diberi nikmat yang pelbagai oleh Allah SWT. Nikmat yang tidak pernah putus buat kita semua. Maka nikmat manakah yang ingin kamu dustakan?

Kali ini kami ingin berkongsi mengenai satu fakta yang diperolehi daripada kajian sains yang mana ianya memberi satu kelebihan buat kaum muslimah. 

Wanita muslimah dan tudung pastinya tidak dapat dipisahkan. Hari ini kami akan kongsikan kebenaran dan kelebihan bertudung buat kaum muslimah dari sudut sains. 

Allah SWT telah mewajibkan di dalam Al-Quran, lebih tepat lagi ianya disebut di dalam Surah An-Nur ayat 31 yang membawa maksud 



"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya."

"Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya (tudung) ke dadanya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka."

"Atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka."

"Atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka."

"Atau wanita-wanita islam, atau hamba abdi yang mereka miliki."

"Atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita dan anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita."

Ayat ini menegaskan beberapa perkara, yaitu :

1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak (muhrim)



KENAPA WANITA SAHAJA YANG DIWAJIBKAN UNTUK MEMAKAI TUDUNG?

Sehinggakan negara barat mengatakan bahawa Islam menindas wanita kerana perkara tudung ini.. Hakikatnya, kerana Allah sangat menjaga wanitalah perintah bertudung ini diwajibkan. 

Allah SWT menjadikan wanita berbeza daripada lelaki. 

Hasil kajian sains menunjukkan antara perbezaan yang paling ketara antara lelaki dan wanita ialah MASTOID PROCESS. 

APAKAH ITU MASTOID PROCESS DAN KAITANNYA DENGAN BERTUDUNG??

Mastoid Process ialah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga. lelaki dan wanita kedua-duanya mempunyai struktur tulang ini. Tetapi terdapat sedikit perbezaan antara saiz yang dimiliki oleh kaum lelaki dan wanita. Perbezaan saiz mastoid antara lelaki dan wanita ialah di anggarkan 0.5cm - 1.0cm dari belakang telinga. 

Saiz mastoid yang dimiliki oleh lelaki adalah lebih besar dan mudah dirasa berbanding mastoid wanita yang bersaiz kecil sahaja. 

APA FUNGSI MASTOID INI??

Di kawasan mastoid ini mempunyai sekurang-kurangnya 4 saraf yang penting untuk saraf muka (facial nerve). Dan apa pula fungsi facial nerve ini??

Fungsi saraf muka di mastoid adalah bertugas untuk otot-otot dibahagian muka. Otot-otot muka ini bertanggungjawab untuk membantu pergerakan senyuman, gelak tawa dan semua ekspresi serta raut wajah dimuka. 

Saiz mastoid process yang kecil pada wanita berbanding lelaki menyebabkan ianya sensitif pada perubahan suhu persekitaran. Semasa cuaca sejuk, saraf ini akan mengalami perubahan. Ia akan mengecut dan menjejaskan fungsinya serta tidak cekap seperti biasa. 

Dari kajian ini, jika ianya berterusan dalam jangka waktu yang lama maka ia akan memberi kesan kepada ekspresi wajah. Raut wajah akan menjadi lebih tegang sehingga menyebabkan seseorang itu sukar untuk senyum, gelak, marah dan sebagainya. Ini kerana otot dan saraf senyum serta perasaan lain sudah kurang efektif akibat fungsi mastoid process yang terjejas. 

Pernahkah anda perasan walaupun tanpa sebarang solekan muslimah yang bertudung dengan sempurna mempunyai muka dan ekspresi wajah yang lebih jernih, cantik manis, lebih sejuk dipandang dan lebih tenang? Ini kerana mastoid process wanita yang bertudung labuh dapat berfungsi dengan optimum dan memberi kesan positif yang terbaik kepada si pemakai tudung labuh tersebut. 

Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Untungnya muslimah..



Rupa-rupanya hikmah disebalik perintah Allah untuk mewajibkan bertudung dan menutup aurat itu kepada muslimah adalah membantu menyerlahkan lagi kecantikan, keayuan dan nilai kewanitaan. 

Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak awet muda dan berseri-seri. Senyuman seorang muslimah itu adalah lebih manis, lebih menarik, lagi indah dan lebih menawan. 

Alhamdulillah.. Semoga perkongsian ini memberi pelbagai hikmah dan ilmu baru buat kita semua. Semoga Allah merahmati kita semua. Insya Allah, Amin Ya Rabb.. 

No comments:

Post a Comment

Haneefaa Gallery - "Pakar Busana Muslimah" © . Designed by MaiGraphicDesign