Assalamualaikum mommies..
Lama Keknee tak update tips di blog ni. Harap mommies semua masih setia menanti tips2 dari Keknee (^_^)
Topik hari ni Keknee nak share sikit tentang 'berhenti menyusu badan'.. Haa mommies yang dah ada anak umur 2 tahun ke atas mesti pernah lalui situasi ni kan? Bukan mudah, agak mencabar bila nak berhenti menyusu badan kan?
Tapi ada jugak yang mommies lalui situasi ni dengan mudah. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan yang mana mommies dapat handle situasi macam ni dengan mudah.. (^_^)
Ok, make it short.. Jom baca tips2 di bawah ni. Then mommies boleh apply ok? (^_^)
TIPS BERHENTI MENYUSU BADAN
1. Rajinkan diri pujuk dan beritahu pada anak kenapa perlu berhenti menyusu badan
Anak2 ni mudah faham kita sebenarnya. Yang penting, jangan marah mereka. Beritahu secara perlahan-lahan kenapa mereka perlu berhenti susu badan. Kerap beritahu dan bukan hanya mommies yang beritahu, si daddy pun perlu turut serta untuk memujuk anak. Insya Allah secara perlahan-laman anak akan mula faham.
2. Kurangkan menyusu badan dari hari ke hari, jangan terus berhenti secara mendadak
Ramai mommies yang beritahu pada Keknee, hari pertama cuba putuskan susu badan dengan anak tetapi tak berjaya. Uishh.. Jangan macam tu yang.. Kesian anak kita.. Yela, selama dua tahun takde orang pernah halang dia menyusu badan, tiba2 terus nak stop macam tu je.. Memang la anak tu tk boleh terima. Hehe slow2 ok? Ambil masa sikit. Kalau mommies nak stop masa anak umur cukup 2 tahun, so masa anak dah umur 1 tahun 10 bulan mommies dah kene start pujuk dan kurangkan menyusu badan. Insya Allah umur 2 tahun anak dah boleh berhenti sepenuhnya.
3. Pastikan anak sentiasa kenyang sebelum waktu menyusu
Mommies ingat tak? Masa anak kita mula2 lahir dulu, kita beri susu badan kerana dia lapar kan? Cuma bila makin besar, anak kita dah biasa 'ngempeng' dengan kita. Jadinya 'ngempeng' tu dah jadi perkara biasa untuk anak kita. Anak ni biasanya suka 'ngempeng' kerana dah biasa dan juga kerana lapar. Tapi sekiranya anak kita betul2 kenyang, dia takkan mahu 'ngempeng' sebab perutnya sudah penuh. Jadi tugas mommies ialah pastikan anak kenyang sebelum beri susu badan. Bila anak sudah kenyang, dia tidak mahu 'ngempeng' terlalu lama. Lama-kelamaan, kita mudah untuk putuskan susu badan dengan anak.
4. Susu formula hendaklah sesuai dengan anak
Bila mahu putuskan susu badan, jangan biarkan anak tidak meminum susu. Pastikan anak teruskan menyusu dengan susu formula. Kerana anak yang masih kecil dan aktif sangat perlukan kalsium untuk tumbesaran dan tulang yang kuat. Pemilihan susu mestilah sesuai dengan anak dan mengenyangkan anak. Supaya susu formula itu mampu mencukupkan keperluan anak. Oleh itu anak akan lebih mahu susu di dalam botol berbanding susu badan.
5. Lekakan anak dengan permainan supaya anak kurang ngempeng (bergayut)
Beri anak bermain permainan adalah salah satu cara yang baik untuk dia melupakan tabiat 'ngempeng' nya itu. Kerap alihkan perhatian anak ke arah perkara yang lebih menarik supaya dia lupa untuk minta 'ngempeng' dan ini perlahan-lahan boleh membantu anak untuk melupakan tabiatnya itu.
Keknee harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu mommies untuk teruskan usaha berhenti menyusu badan. Yang penting mommies kene sabar ok? Sikap anak2 kita tidak semuanya sama. Masing berbeza kelebihan dan kepetahan bercakap. Jadi, pandai2 mommies la untuk handle anak syurga sambil2 apply kan tips2 yang Keknee share tadi.
Selamat berjaya mommies! (^_^)
No comments:
Post a Comment