Haneefaa Gallery - "Pakar Busana Muslimah"

28 April 2017

Tips Berhenti Menyusu Badan

Assalamualaikum mommies..

Lama Keknee tak update tips di blog ni. Harap mommies semua masih setia menanti tips2 dari Keknee (^_^)

Topik hari ni Keknee nak share sikit tentang 'berhenti menyusu badan'.. Haa mommies yang dah ada anak umur 2 tahun ke atas mesti pernah lalui situasi ni kan? Bukan mudah, agak mencabar bila nak berhenti menyusu badan kan?

Tapi ada jugak yang mommies lalui situasi ni dengan mudah. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan yang mana mommies dapat handle situasi macam ni dengan mudah.. (^_^)

Ok, make it short.. Jom baca tips2 di bawah ni. Then mommies boleh apply ok? (^_^)

TIPS BERHENTI MENYUSU BADAN

1. Rajinkan diri pujuk dan beritahu pada anak kenapa perlu berhenti menyusu badan
Anak2 ni mudah faham kita sebenarnya. Yang penting, jangan marah mereka. Beritahu secara perlahan-lahan kenapa mereka perlu berhenti susu badan. Kerap beritahu dan bukan hanya mommies yang beritahu, si daddy pun perlu turut serta untuk memujuk anak. Insya Allah secara perlahan-laman anak akan mula faham.

2. Kurangkan menyusu badan dari hari ke hari, jangan terus berhenti secara mendadak
Ramai mommies yang beritahu pada Keknee, hari pertama cuba putuskan susu badan dengan anak tetapi tak berjaya. Uishh.. Jangan macam tu yang.. Kesian anak kita.. Yela, selama dua tahun takde orang pernah halang dia menyusu badan, tiba2 terus nak stop macam tu je.. Memang la anak tu tk boleh terima. Hehe slow2 ok? Ambil masa sikit. Kalau mommies nak stop masa anak umur cukup 2 tahun, so masa anak dah umur 1 tahun 10 bulan mommies dah kene start pujuk dan kurangkan menyusu badan. Insya Allah umur 2 tahun anak dah boleh berhenti sepenuhnya.

3. Pastikan anak sentiasa kenyang sebelum waktu menyusu
Mommies ingat tak? Masa anak kita mula2 lahir dulu, kita beri susu badan kerana dia lapar kan? Cuma bila makin besar, anak kita dah biasa 'ngempeng' dengan kita. Jadinya 'ngempeng' tu dah jadi perkara biasa untuk anak kita. Anak ni biasanya suka 'ngempeng' kerana dah biasa dan juga kerana lapar. Tapi sekiranya anak kita betul2 kenyang, dia takkan mahu 'ngempeng' sebab perutnya sudah penuh. Jadi tugas mommies ialah pastikan anak kenyang sebelum beri susu badan. Bila anak sudah kenyang, dia tidak mahu 'ngempeng' terlalu lama. Lama-kelamaan, kita mudah untuk putuskan susu badan dengan anak.

4. Susu formula hendaklah sesuai dengan anak
Bila mahu putuskan susu badan, jangan biarkan anak tidak meminum susu. Pastikan anak teruskan menyusu dengan susu formula. Kerana anak yang masih kecil dan aktif sangat perlukan kalsium untuk tumbesaran dan tulang yang kuat. Pemilihan susu mestilah sesuai dengan anak dan mengenyangkan anak. Supaya susu formula itu mampu mencukupkan keperluan anak. Oleh itu anak akan lebih mahu susu di dalam botol berbanding susu badan.

5. Lekakan anak dengan permainan supaya anak kurang ngempeng (bergayut)
Beri anak bermain permainan adalah salah satu cara yang baik untuk dia melupakan tabiat 'ngempeng' nya itu. Kerap alihkan perhatian anak ke arah perkara yang lebih menarik supaya dia lupa untuk minta 'ngempeng' dan ini perlahan-lahan boleh membantu anak untuk melupakan tabiatnya itu.


Keknee harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu mommies untuk teruskan usaha berhenti menyusu badan. Yang penting mommies kene sabar ok? Sikap anak2 kita tidak semuanya sama. Masing berbeza kelebihan dan kepetahan bercakap. Jadi, pandai2 mommies la untuk handle anak syurga sambil2 apply kan tips2 yang Keknee share tadi.

Selamat berjaya mommies! (^_^)
Baca Selanjutnya »

07 January 2016

3 TIPS FESYEN UNTUK MUSLIMAH AKTIF




=====

Ramai muslimah masa kini yang sangat aktif dalam kehidupan seharian. Tapi ada sesetengah muslimah berasa agak sukar untuk bergiat aktif kerana penampilan yang menghadkan pergerakan.

Di sini ada beberapa tips fesyen yang sesuai untuk muslimah yang gemar bergiat aktif dalam kehidupan seharian di samping mengekalkan kesopanan serta penjagaan aurat yang sempurna.

.

1. Perbanyakkan blouse yang labuh dan menutupi pinggul.

.

2. Pilih material seperti como crepe untuk memberi keselesaan yang maksimum.

.

3. Tambah koleksi blouse anda dengan design blouse yang wudhu friendly agar memudahkan anda untuk menunaikan solat

.

=====

Siapa kata bila menutup aurat dengan sempurna susah untuk bergiat aktif? Sebenarnya walaupun bergiat aktif, anda masih boleh menjaga penampilan sebaiknya. Yang penting, jaga pakaian anda.

#haneefaagallery
#pakarbusanamuslimah
#hgtips
Baca Selanjutnya »

06 January 2016

[3 Tips Cantik Walaupun Bertudung Labuh]



=====


Di sini ada beberapa tips yang dapat bantu wanita bertudung labuh tampil cantik.
.

1. Pilih material tudung yang lembut supaya anda nampak lebih tampak ayu bila memakai tudung yang mempunyai jatuhan kain yang cantik
.

2. Jangan memakai material tudung yang jarang kerana ianya HARAM dipakai jika menampakkan bentuk serta bayangan leher dan badan anda
.

3. Pilih material tudung yang bercorak supaya jika terkena kotoran makanan misalnya, ia tidak kelihatan dengan jelas
.

Sesungguhnya yang tertutup itu sangat indah dan menawan. Tiada pakaian yang lebih indah apabila pakaian itu menyembunyikan maruah anda..

JOM PELIHARA AMANAH KITA!!


=====

LIKE & SHARE status ini jika anda rasa ianya bermanfaat untuk orang lain!

#haneefaagallery
#pakarbusanamuslimah
#hgtips
Baca Selanjutnya »

05 January 2016

3 Tips Cantik Walaupun Menyusu Bayi



=====


Antara masalah paling besar yang dihadapi oleh ibu menyusu adalah pemilihan pakaian yang sesuai.

Di sini ada beberapa tips yang dapat bantu ibu yang menyusu bayi.
.


1. Pilih pakaian yang boleh di selak dibahagian dada ketika menyusu
.


2. Jangan memakai pakaian yang perlu diselak dari bawah dengan mengangkat pakaian anda untuk menyusu bayi
.


3. Pilih pakaian yang bercorak supaya kotoran pada pakaian tidak kelihatan dengan jelas


=====
Jubah Aisya pastikan kegusaran ibu-ibu menyusu bayi hilang supaya dapat tampil cantik dan yakin setiap masa
.

Untuk Diskaun 10%, whatsapp 'AISYA' ke 013.475.6628

Baca Selanjutnya »

01 December 2015

Senarai Semak Pendaftaran Akaun Bank Untuk Syarikat

Nota Editor :
Artikel ini adalah hasil dari perkongsian Puan Lily Sabrina di Facebook. Memandangkan topik ini adalah topik popular yang sering menjadi persoalan buat para usahawan baru, maka kami memilih untuk menyiarkannya di blog Haneefaa Gallery. Semoga bermanfaat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ke pejabat cawangan CIMB dan Maybank untuk membuka akaun bank syarikat baru. Setelah bertanya dengan pegawai bank, syarat baru yang diperketatkan untuk buka akaun syarikat ialah:
  1. Mesti ada lesen premis atau lesen PBT contohnya lesen MBSA jika perniagaan di Shah Alam.
  2. Lesen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mesti sama dengan alamat dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  3. Mesti ada introducer . Syarikat yang ada akaun dengan CIMB. Dalam borang mohon buka akaun perlu ada cop syarikat introducer.
  4. Tiada akaun syarikat yang akan diluluskan lagi dan dibuka atas nama syarikat yang berdaftar di rumah.
  5. Bisnes online di rumah, alamat rumah yang didaftarkan di SSM memang tidak boleh digunakan untuk buka akaun CIMB. Ini kerana terlalu banyak kes fraud (penipuan) dan scam.
  6. ** Jika berkongsi sewa premis ( virtual office atau sublet cubical atau bilik ) boleh buka akaun CIMB dengan syarat alamat dalam SSM mesti sama dengan alamat dalam lesen MBSA. Maka setiap syarikat yang sewa bilik atau working space perlu minta lesen PBT masing-masing.

Bagi bank Maybank pula:
  1. Mesti ada introducer syarikat atau orang perseorangan yang ada akaun dengan Maybank. Dalam borang perlu ada cop syarikat introducer.
  2. Sangat digalakkan untuk sertakan sekali lesen MBSA / PBT . Peluang untuk diluluskan sangat cerah. (Mungkin akan diwajibkan dalam masa terdekat kerana CIMB dah lakukannya)
  3. Kalau bisnes di rumah atau online bisnes kena sertakan bukti. Contoh bukti seperti:
    – Facebook – anda boleh print screen shot Fanpage
    – Instagram – anda boleh bagi nama kedai Instagram. Print dan lampirkan bukti laman Instagram bisnes anda. Kalau buat kelas kek dalam rumah pula, boleh ambil gambar. Mesti ada iklan di Facebook atau blog.
  4. Kongsi premis (satu premis banyak jenis perniagaan dan syarikat beroperasi) pun boleh memohon selagi ada SSM beralamat tempat beroperasi dan ada lesen PBT / MBSA.

Maklumat tambahan seperti berikut:
  • Deposit CIMB RM 1000
  • Deposit Maybank RM 2000
  • Pada saya bank tidak menyusahkan usahawan.
  • Dari perbualan saya dengan Pengurus Cawangan CIMB tadi, terlalu banyak fraud case. Jual beli emas haram contohnya. Mereka tidak boleh bayar balik kerugian pembeli maka pihak bank ketatkan syarat buka akaun untuk bisnes.
  • Jangan jadikan soal kena beri Lesen PBT sebagai satu syarat buka akaun CIMB atau Maybank sebagai halangan untuk kita berbisnes.
  • Bukan tak boleh terima bayaran dari pelanggan guna akaun peribadi cuma kalau dah bisnes juta juta atau ribu ribuan sehari tidak sesuai untuk gunakan akaun peribadi.
  • Biarlah kita bersusah payah dulu naik turun tangga buka SSM, untuk minta lesen PBT dan bayar RM 200, isi borang bank dan segala benda remeh yang lain. Daripada kita susah susah buat perniagaan tapi kemudian kena kompaun kerana tiada lesen dan akaun kena suspend kerana ribuan ringgit transaksi yang masuk ke bank hari-hari.

Kredit sumber daripada : majalahniaga.com 
Baca Selanjutnya »

20 August 2015

NAJDAH SHAWL

Assalamualaikum.. 

Here we're back!! Najdah Shawl its now available in #haneefaagallery

Alhamdulillah, setelah menanti beberapa ketika akhirnya Najdah Shawl dah restock oleh #haneefaagallery

Shawl ni sangat2 best!! Nak tau kenapa? 

1. Potongan shawl yang labuh di bahagian depan & belakang
2. Warna yang ceria & menarik
3. Mudah untuk dipakai di mana sahaja
4. Tidak susah untuk di gosok
5. Mudah di bentuk di bahagian muka dan tidak melekap di dahi



Material : Chiffon Gorgette Gred A
Saiz : XL (2m x 0.83m)



Material : Chiffon Gorgette Gred A
Saiz : XL (2m x 0.83m)



Material : Chiffon Gorgette Gred A
Saiz : XL (2m x 0.83m)


Bagi yang berminat nak dapatkan Najdah Shawl ini, anda boleh buat tempahan di 

Whats App : 0134756628
FB Page : www.facebook.com/HaneefaaGallery
Instagram : haneefaagallery
Baca Selanjutnya »

01 July 2015

AURAT WANITA MENURUT ALQURAN DAN HADIS


Assalamualaikum wbt

Salah satu perkara wajib yang di perintahkan  oleh Allah SWT kepada  para hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Di dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat 31 dan surah Al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.

Islam sangat menitikberatkan soal aurat wanita. Ini kerana Allah amat menjaga dan memelihara perihal aurat wanita. Antara aurat wanita yang di sebut di dalam Al-Quran dan hadis ialah:

1. Bulu Kening



Menurut Imam Bukhari: Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu keningnya." (Riwayat Abu Daud Fi Fathul Bari.)



2. Kaki (tumit kaki)



"Dan janganlah mereka (perempuan) memhentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (QS: An-Nur: 31)




3. Wewangian



"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan Hibban)




4. Dada



"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (QS: An-Nur:31)




5. Gigi



"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).




6. Muka dan Tangan



Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).




7. Tangan



"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).




8. Mata



"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebagian dari pandangannya." (QS: An-Nur : 31)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).




9. Mulut (suara)



"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (QS: Al Ahzab: 32)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, Yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibnu Majah).




10. Kemaluan



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(QS: An-Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).




11. Pakaian



"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS: Al Ahzab : 59)




12. Rambut



"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alhamdulillah.. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat kita semua mengenai aurat wanita yang perlu dijaga rapi dan tertib. Amin Ya Rabbal Alamin.. 
Baca Selanjutnya »
Haneefaa Gallery - "Pakar Busana Muslimah" © . Designed by MaiGraphicDesign